Dua lelaki gelang 'pink' baru balik ujian Covid-19: Polis

Gambar tular lelaki memakai gelang merah jambu baru selesai menjalani ujian Covid-19.
Gambar tular lelaki memakai gelang merah jambu baru selesai menjalani ujian Covid-19.
A
A
A

KAJANG - Dua lelaki warga asing memakai gelang merah jambu didakwa berkeliaran di Seksyen 7 Bukit Mahkota Bangi tular yang kemudian gambar mereka tular di media sosial sebenarnya baharu selesai menjalani ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya pergi ke lokasi berkenaan selepas menerima aduan daripada orang ramai pada jam 9 pagi, Khamis.

"Gambar ditularkan itu adalah selepas lelaki warga asing tersebut dipakaikan gelang merah jambu di sebuah klinik dan kemudian mereka berjalan pulang ke kediaman.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada majikan mereka dan diarah melakukan pemerhatian atau pemantauan terhadap pekerjanya," kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Zaid berkata, mereka adalah pekerja warga asing di sebuah kilang di Nilai, Negeri Sembilan yang disahkan positif Covid-19 dan diarah menjalani kuarantin kendiri di kediaman mereka pada Rabu hingga 1 Oktober ini.

"Pihak majikan akan memantau dan kami juga melakukan pemantauan dari masa ke semasa," katanya.

Artikel Berkaitan: