Pemberian dos vaksin kanak-kanak bawah 12 tahun berbeza

Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara ketika sesi menjawab soalan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara ketika sesi menjawab soalan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ada perbezaan dari segi pemberian dos vaksinasi membabitkan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Bagaimanapun menurutnya, tidak ada perbezaan dari segi pemberian dos vaksin yang berumur 12 hingga 17 tahun.

“Pfizer boleh digunakan kerana data klinikal menunjukkan bahawa pernah ada pemberian vaksin Pfizer dalam kalangan remaja di Amerika Syarikat dan Israel.

“Ia selamat dan dos yang sama digunakan. Tidak ada perbezaan antara dos dewasa dan yang berumur 12 hingga 17 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Khamis.

Adham berkata, pihaknya juga akan mendapatkan akses dan membuat lebih banyak interaksi dengan pengeluar vaksin mengenai vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Beliau dalam masa yang sama turut memaklumkan sehingga kini 15 peratus kanak-kanak yang berumur 12 hingga 17 tahun telah mendapat suntikan vaksinasi untuk dos pertama.

Artikel Berkaitan: