X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Sindiket edar dadah tumpas

Antara dadah dan peralatan yang dirampas menerusi serbuan yang dijalankan di Selangor dan Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah berjaya ditumpaskan menerusi dua serbuan yang dijalankan di Selangor dan Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abdul Latif berkata, serbuan pertama dijalankan di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara yang dipercayai dijadikan makmal untuk memproses dadah jenis heroin.

"Serbuan kira-kira jam 8 malam itu berjaya memberkas empat lelaki warga tempatan berumur 21 hingga 49 tahun.

"Turut dirampas, dadah jenis heroin seberat 11.95 kilogram bernilai RM160,130 dan kafein seberat 25 kilogram bernilai RM8,500 serta peralatan memproses dadah," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, hasil soal siasat membawa kepada serbuan kedua di sebuah kuil di Jalan Ipoh, Taman Bamboo, Kuala Lumpur dan sebuah stor ternakan anjing, Kampung Baru Subang, Shah Alam, Selangor.

"Serbuan ini berjaya memberkas empat lelaki warga tempatan berumur antara 34 hingga 43 tahun.

"Keempat-empat suspek ini ditahan kerana disyaki mempunyai hubung kait dengan aktiviti sindiket tersebut," katanya.

Menurutnya, ujian saringan yang dijalankan mendapati dua suspek positif dadah jenis THC manakala enam lagi suspek didapati negatif.

"Hasil semakan mendapati enam suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

"Turut dirampas dalam serbuan ini adalah empat kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi, sebuah Proton Perdana, sebuah Nissan Navara dan sebuah Toyota Harrier," katanya.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama enam hari bermula 21 hingga 26 September 2021.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

"Nilai rampasan dadah adalah sebanyak RM168,630 manakala nilai rampasan sitaan kenderaan sebanyak RM163,400," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!