41 menara telekomunikasi baharu dibina di Kedah

Sebanyak 41 daripada 134 buah menara telekomunikasi telah dibina di lokasi baharu di negeri Kedah sehingga Julai lalu dengan capaian teknologi 4G melalui pelan Jalinan Digital Negara (Jendela). Gambar hiasan
Sebanyak 41 daripada 134 buah menara telekomunikasi telah dibina di lokasi baharu di negeri Kedah sehingga Julai lalu dengan capaian teknologi 4G melalui pelan Jalinan Digital Negara (Jendela). Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 41 daripada 134 buah menara telekomunikasi telah dibina di lokasi baharu di negeri Kedah sehingga Julai lalu dengan capaian teknologi 4G melalui pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Wan Romani Wan Salim berkata, Jendela yang

diumumkan pada 29 Ogos tahun lalu dijalankan secara berfasa dan dijangka mengambil masa selama lima tahun iaitu dari 2021 sehingga 2025.

Katanya, setakat ini sebanyak 1,260 stesen pemancar daripada 1,612 stesen di struktur komunikasi sedia ada telah dinaik taraf kepada teknologi 4G untuk meluaskan liputan 4G dan meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih.

"Dalam perancangan Jendela ini turut dinyatakan adalah penyediaan capaian jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi kepada 76,474 premis.

"Alhamdulillah, sehingga Julai lalu, lebih 42,838 premis telah siap dilaksanakan dengan sambungan gentian optik," katanya ketika menjawab soalan lisan oleh Datuk Norsabrina Mohd Noor (BN- Bandar Baharu) berkaitan capaian jalur lebar dan perancangan naik taraf infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Kedah di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Khamis.

Menurut Wan Romani, kadar liputan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G di kawasan berpenduduk bagi negeri Kedah adalah sebanyak 95.10 peratus bagi suku kedua tahun 2021.

"InsyaALLAH melalui inisiatif daripada Jendela ini akan menambah baik liputan perkhidmatan jalur lebar di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Walau bagaimanapun, kesemua perancangan ini memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan ia dapat dibuat dengan lebih cepat dan terancang," katanya.