X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Kes baharu Covid-19 terus menurun kepada 13,754

Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 13,754 kes pada Khamis berbanding 14,990 kes pada rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 di seluruh negara setakat 12 tengah hari ini terus menunjukkan penurunan dengan 13,754 kes berbanding 14,990 pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di platform media sosialnya berkata dengan angka terbaru itu, jumlah kumulatif kes di negara kini 2,156,678 kes.

“Alhamdulillah seperti yang dijangkakan trend penurunan kes harian mula diperhatikan sejak kebelakangan ini,” katanya.

Beliau berkata, Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,985 kes, disusuli Johor (1,913), Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang (1,052).

Negeri yang mencatatkan tiga angka ialah Pahang (869), Perak (844), Kedah (783), Terengganu (664), Kuala Lumpur (383), Melaka (292), Negeri Sembilan (175) dan Perlis (113).

“Putrajaya pula mencatatkan sebanyak 14 kes, manakala di Labuan terdapat lapan kes dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari Khamis,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital Covid-19 di seluruh negara setakat semalam adalah 74 peratus daripada 1,506 katil, manakala katil bukan ICU sebanyak 62 peratus daripada 16,713 katil. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!