Villa beri tentangan sukar

 Thomas Tuchel
Thomas Tuchel
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mengakui Aston Villa memberikan tentangan sukar sebelum pasukannya berjaya meraih kemenangan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi Piala Liga di Stamford Bridge pada awal pagi Khamis.

Menurutnya, Villa tidak memberikan banyak ruang kepada Chelsea untuk mencipta peluang jaringan namun gembira pasukannya mengesahkan tempat ke pusingan 16 pasukan terbaik.

"Ia adalah perlawanan yang bagus, penuh dengan tenaga dan kedua-dua pasukan berusaha untuk memenangi perlawanan ini. Aston Villa juga bermain dengan luar biasa seperti apa yang mereka lakukan 10 hari lalu.

"Kami juga beraksi baik dan ia satu perlawanan yang menarik dan seronok untuk ditonton.

"Saya gembira kerana kami menang. Ia memang perlawanan yang sukar dan sekarang kami mendapat minit perlawanan yang lebih untuk beberapa pemain," katanya

Dalam perlawanan itu, Chelsea terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Timo Werner pada minit ke-54 sebelum Cameron Archer menyamakan kedudukan pada minit ke-64 dan perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti.

Tuchel turut memuji penjaga golnya, Kepa Arrizabalaga yang bertindak cemerlang menyelamatkan penalti Marvelous Nakamba walaupun sebelum ini dia kehilangan tempat dalam skuad utama The Blues.

"Kepa sekali lagi menjadi hero kami. Dia sangat hebat dalam menyelamatkan sepakan penalti. Ia sangat membantu apabila anda ada pengalaman.

Artikel Berkaitan:

"Kami mencuba yang terbaik dan saya gembira pemain kekal tenang dan melakukan apa yang patut mereka lakukan. Satu kemenangan yang baik kerana ia aksi yang sukar, bagus untuk menang seperti ini," katanya.