Arteta puji komitmen Nketiah

Nketiah (tiga, kanan) meraikan jaringan bersama pemain-pemain Arsenal lain ketika melayan kunjungan AFC Wimbledon dalam aksi Piala Liga di Stadium Emirates. FOTO: AFP
Nketiah (tiga, kanan) meraikan jaringan bersama pemain-pemain Arsenal lain ketika melayan kunjungan AFC Wimbledon dalam aksi Piala Liga di Stadium Emirates. FOTO: AFP
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta memuji persembahan Eddie Nketiah ketika membantu The Gunners mengatasi AFC Wimbledon 3-0 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Liga di Stadium Emirates, pagi tadi.

Malah menurut Arteta, gol ketiga yang merupakan membuktikan komitmen pemain berusia 22 tahun untuk bersama Arsenal selepas hampir meninggalkan kelab London itu awal musim ini.

“Saya percaya Nketiah memberikan kita semua pengajaran berguna setiap hari etika profesionalnya terhadap kelab ini walaupun prestasi kelab hambar pada permulaan musim.

“Sebelum ini banyak desas-desus mengenai komitmennya terhadap kelab ini, namun akhirnya dia membalasnya dengan kepercayaan terhadap kelab ini.

“Sejujurnya, saya tidak hanya gembira komitmen kepada kelab ini tetapi juga kematangannya apabila dalam mengawal gaya apabila berdepan perlawanan berintensiti tinggi,” katanya.

Pada perlawanan di laman sendiri itu, The Gunners terlebih dulu mendahului lawan pada minit ke-11, hasil jaringan penalti Alexandre Lacazette selepas berlaku kekasaran terhadap Gabi Martinelli.

Emile Smith Rowe kemudian melebarkan pendulangan Arsenal menerusi gol pada minit ke-77, sebelum Nketiah melengkapkan malam pesta kemenangan bergaya tuan rumah dengan gol pada minit ke-80.

Kemenangan meyakinkan itu menyaksikan kelab London tersebut akan menentang Leeds United pada pusingan keempat kejuaraan berkenaan selepas ini.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan ketiga dalam tiga perlawanan terakhirnya The Gunners ini juga merupakan motivasi tambahan menjelang aksi utara London derbi setempat saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur hujung minggu ini.