X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

SPRM beri kerjasama penuh kepada PDRM

A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat tiga pegawai suruhanjaya itu berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, setakat ini ada satu laporan diterima pihaknya berkenaan kes terbabit.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka dan pihaknya dalam proses untuk merekod keterangan tiga pegawai SPRM itu.

"Ini adalah proses biasa setelah kertas siasatan dibuka.

"Kemungkinan keterangan akan diambil selepas mereka habis tempoh reman pada hujung minggu ini. Bagi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, pihak SPRM juga memberikan kerjasama yang baik kepada PDRM untuk siasatan kes tersebut.

Pada Rabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya juga sudah meminta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM mempercepatkan siasatan kes, selain bersetuju ia diklasifikasi sebagai kes curi.

Kata Hamzah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan laporan polis yang diterima akan disiasat dengan telus mengikut lunas perundangan sedia ada.

Sebelum itu, SPRM mengesahkan telah menahan tiga pegawainya dan telah direman enam hari bemula Selasa sehingga Ahad ini.

SPRM menegaskan bahawa suruhanjaya itu tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!