X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Presiden Brazil jalani kuarantin selepas pegawai positif Covid-19

Jair Bolsonaro
A
A

BUENOS AIRES - Presiden Brazil Jair Bolsonaro menjalani kuarantin kendiri pada Rabu sejurus kembali daripada menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas anggota delegasinya disahkan positif Covid-19.

Langkah itu diambil selepas Agensi Pengawalselia Kesihatan Brazil (ANVISA), meminta Bolsonaro dan anggota delegasinya menjalani kuarantin berikutan pengumuman Menteri Kesihatan Marcelo Queiroga di Twitter pada Selasa, mengesahkan beliau dijangkiti virus itu semasa lawatan pemimpin Brazil ke New York.

Menurut Agensi Anadolu, memetik kenyataan dikeluarkan kediaman rasmi presiden, Palácio do Planalto, delegasi berkenaan akan menjalani kuarantin selama lima hari, sebelum ujian PCR dilakukan.

Queiroga disahkan positif Covid-19 sehari sebelum kembali ke Brazil dari Amerika Syarikat dan menjalani kuarantin di sebuah hotel di New York dan menunda tarikh kepulangannya.

Seorang diplomat yang terbabit dengan pasukan persediaan lawatan Bolsonaro juga disahkan positi pada hujung minggu dan kini menjalani kuarantin.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!