X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Isu SPRM: PH minta Azam Baki 'direhatkan'

Azam Baki
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) meminta supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki direhatkan daripada tugasnya sehingga siasatan penuh dilakukan.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, langkah tersebut perlu diambil susulan kes tiga pegawai SPRM direman atas dakwaan salah guna kuasa.

Menurutnya, siasatan menyeluruh perlu dilakukan terhadap kes tersebut dan mereka mesti dibawa ke muka pengadilan kerana ia mewujudkan persepsi amat buruk terhadap SPRM.

“Pakatan Harapan turut berpandangan bahawa kerajaan wajar mempertimbang bagi menasihatkan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk sebuah Suruhanjaya Siasatan

Diraja bagi menyiasat isu berhubung SPRM dan mencadangkan langkah mereformasi institusi penting ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan Majlis Presiden PH itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan tersebut turut menyambut baik bahawa satu kertas inkuiri Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dibuka terhadap kes tersebut.

Pada Isnin, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!