X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Kadar kematian individu lengkap vaksin 0.01 peratus: KJ

KKM merekodkan kadar kematian bagi individu yang telah lengkap vaksinasi Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 0.01 peratus. Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan kadar kematian bagi individu yang telah lengkap vaksinasi Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 0.01 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) bagi individu berkenaan pula adalah 0.007 peratus.

"Pada pukul 2.30 petang ini (Khamis), Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH), Dr Kalaiarasu M Peariasamy akan bentangkan satu kajian yang telah dijalankan institutnya berkenaan kadar kematian bagi individu lengkap vaksinasi.

"(Sekarang ini) saya sebutkan data teratas dahulu (dan) ulasannya nanti saya minta Dr Kalaiarasu jelaskan sebab beliau adalah pakar.

"Kadar kematian bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi berdasarkan kepada kajian populasi seramai 14 juta tidak kira jenis vaksin sama ada Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca adalah 0.01 peratus. Maksudnya (di sini) vaksin adalah berkesan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) sebelum itu bangkit mencelah dan meminta Khairy Jamaluddin memaklumkan kadar kematian yang dilaporkan bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!