98 peratus kakitangan kerajaan Sabah sudah divaksin

Sebanyak 98 peratus daripada semua kakitangan kerajaan negeri Sabah telah menerima vaksin Covid-19 setakat ini.
Sebanyak 98 peratus daripada semua kakitangan kerajaan negeri Sabah telah menerima vaksin Covid-19 setakat ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 98 peratus daripada semua kakitangan kerajaan negeri Sabah telah menerima vaksin Covid-19 setakat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, baki dua peratus lagi yang masih belum menerima vaksin adalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan vaksinasi ditangguh.

"Berita baik saya terima semalam, 98 peratus daripada semua kakitangan kerajaan negeri telah pun divaksin. Yang dua peratus itu kerana ada masalah kesihatan dan vaksinasi ditangguh.

"Ini saya boleh jamin bagi kerajaan negeri," katanya ketika menjawab soalan daripada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berkaitan berapa jumlah guru di peringkat Sabah yang telah menerima vaksin kerana laporan yang diterima Mohd Shafie bahawa jumlah itu agak besar sehingga dibawa ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Mengulas mengenai perkara itu, Masidi berkata, isu berkenaan turut dibincangkan secapa terperinci dan menyarankan semua pihak mengambil vaksin.

"Isu ini dibincang secara panjang lebar, saya fikir JPA dan Jabatan Pendidikan sedang menyediakan garis panduan.

"Jika tidak mahu divaksin, terpaksa bawa test kit sendiri setiap hari. Tetapi kita akan meyakinkan semua guru di Sabah ini untuk divaksin," katanya.

Artikel Berkaitan: