Kakitangan hospital nyaris maut kereta dihempap pokok

Kereta yang dihempap pokok tumbang di Jalan Pantai pada Rabu.
Kereta yang dihempap pokok tumbang di Jalan Pantai pada Rabu.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang pegawai farmasi Hospital Port Dickson nyaris maut apabila kereta yang dipandunya dihempap sebatang pokok di kilometer 3.6 Jalan Pantai dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintandan, Aidi Sham Mohammed dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, mangsa yang baru pulang dari hospital itu, memandu seorang diri.

Katanya, ketika kejadian kira-kira jam 10.17 malam, hujan lebat dan angin sangat kuat menyebabkan pokok besar di tepi jalan tumbang menghempap kereta mangsa.

"Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Semua pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu kerana berlaku peralihan monsun yang menyebabkan hujan lebat dan angin kencang.

"Pengguna jalan raya juga diingatkan peka dengan laporan rasmi Jabatan Meterologi," katanya.

Artikel Berkaitan: