Penduduk dinasihat tidak guna telefon bimbit buatan China

Gambar fail menunjukkan sejumlah penumpang menggunakan telefon bimbit keluaran China di dalam tren di Beijing baru-baru ini. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan sejumlah penumpang menggunakan telefon bimbit keluaran China di dalam tren di Beijing baru-baru ini. - Foto AFP
A
A
A

VILNIUS - Kementerian Pertahanan Lithuania pada Rabu berkata, institusi-institusi awam dan pengguna di negaranya sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit keluaran China.

Pusat Kebangsaan Keselamatan Siber Ukraine menyatakan ia menemui risiko keselamatan siber terhadap dua telefon bimbit model 5G keluaran dua buah syarikat telekomunikasi China.

"Risiko yang kita perkatakan adalah benar," kata Timbalan Menteri Pertahanan, Margiris Abukevicius kepada AFP.

Timbalan menteri itu memberitahu bahawa terdapat kira-kira 200 institusi awam di negara itu menggunakan telefon keluaran China.

Beliau berkata, sektor awam tidak sepatutnya menggunakan peralatan yang dikeluarkan oleh China.

"Itu adalah langkah terbaik bagi mengurangkan risiko (keselamatan)," katanya.

Satu laporan dari Pusat Kebangsaan Keselamatan Siber Ukraine menyatakan sebuah telefon bimbit keluaran sebuah syarikat China didapati mampu mengesan dan menapis ayat-ayat seperti 'Semoga Hidup Kemerdekaan Taiwan' atau 'Bebaskan Tibet'.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat telefon bimbit itu menyatakan ia tidak menapis komunikasi yang dibuat oleh para pelanggannya.

Artikel Berkaitan:

Sebuah lagi syarikat telefon bimbit dari China menyatakan alat komunikasi itu tidak menimbulkan ancaman keselamatan kerana ia secara automatik menghubungkan para pelanggannya kepada pihak ketiga pusat penyebaran digital bagi mengelak dijangkiti dengan virus aplikasi.- Agensi