X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Lebih satu juta penerima PKS terima GKP 4.0

Tengku Zafrul
A
A

KUALA LUMPUR – Lebih satu juta penerima perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima bantuan GKP 4.0 ini mula menerima RM500 pada Selasa lalu melalui bayaran fasa pertama.

“Bagi bayaran fasa kedua berjumlah RM500 akan dibuat pada November depan menjadikan keseluruhan bayaran GKP 4.0 ialah RM1,000 untuk penerima yang layak,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) berkenaan GKP.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, penerima bantuan GKP 4.0 ini melibatkan penerima sebelum ini dan penerima baharu.

Beliau menambah, jumlah keseluruhan pembayaran GKP 4.0 juga melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion dan bayaran dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

“Secara keseluruhan, sejumlah RM6.08 bilion dimanfaatkan oleh lebih satu juta usahawan mikro melalui empat siri bayaran GKP sejak wabak Covid-19 melanda negara,” katanya.

Menurutnya, kerajaan akan terus menyokong sektor perniagaan khususnya usahawan mikro dan PKS bagi meringankan beban kewangan mereka agar mampu mengharungi tempoh yang masih mencabar serta penambahan pelaburan dalam perniagaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!