Covid-19: Singapura lapor 1,457 kes baharu, 3 kematian

Singapura melaporkan sejumlah 1,457 kes baharu Covid-19 pada Rabu (22 September), dengan 1,277 dalam komuniti, 176 di asrama pekerja migran dan empat kes import. Gambar hiasan
Singapura melaporkan sejumlah 1,457 kes baharu Covid-19 pada Rabu (22 September), dengan 1,277 dalam komuniti, 176 di asrama pekerja migran dan empat kes import. Gambar hiasan
A
A
A

SINGAPURA - Singapura melaporkan sejumlah 1,457 kes baharu Covid-19 pada Rabu (22 September), dengan 1,277 dalam komuniti, 176 di asrama pekerja migran dan empat kes import.

Ia merupakan kes harian tertinggi yang dikesan sejak peningkatan kes sebanyak 1,426 pada 20 April 2020.

Dalam data dikeluarkan lewat malam tadi, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan 1,083 kes kini ditempatkan di hospital dengan 145 kes serius yang memerlukan bantuan oksigen, dan 19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Republik itu juga melaporkan tiga kematian, semua membabitkan penduduk tempatan, menjadikan jumlah korban akibat jangkitan Covid-19 seramai 68 orang.

Satu daripada kes itu melibatkan seorang lelaki berusia 50 tahun, didapati positif Covid-19 pada 13 September.

Dia belum menerima suntikan vaksin Covid-19 dan keadaan perubatan tidak diketahui, menurut data berkenaan.

Sementara itu, sejak 28 hari lalu, Kementerian Kesihatan Singapura menyatakan daripada sejumlah 14,412 individu yang dijangkiti, 97.9 peratus tidak mengalami gejala ringan atau ringan, 1.8 peratus memerlukan bantuan oksigen, 0.2 peratus memerlukan rawatan ICU dan 0.08 peratus meninggal dunia.

Sehingga tengah hari Rabu, jumlah keseluruhan kes sebanyak 81,356 dengan 9,198 kes aktif.

Artikel Berkaitan:

Setakat 21 September, 82 peratus penduduk menerima dua dos vaksin COVID-19 manakala 84 peratus lagi sekurang-kurangnya satu dos. - Bernama