Wanita Nepal ditahan sorok mayat bayi

Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam bilik suspek di sebuah asrama pekerja kilang warga asing di Masjid Tanah, pada Rabu.
Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam bilik suspek di sebuah asrama pekerja kilang warga asing di Masjid Tanah, pada Rabu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang wanita warga Nepal ditahan selepas dipercayai menyembunyikan kelahiran bayi lelaki yang ditemui mati di sebuah bilik asrama pekerja kilang warga asing di Masjid Tanah, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika dirawat di Hospital Melaka.

Menurutnya, perbuatan itu terbongkar selepas suspek mendapatkan rawatan di klinik panel kilang Isnin lalu kerana mengadu mengalami sakit kaki tetapi pemeriksaan doktor mendapati suspek disyaki mengalami keguguran dan dirujuk ke Hospital Alor Gajah seterusnya dirawat di Hospital Melaka.

Katanya, maklumat penemuan mayat lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat yang disorokkan dalam beg plastik hitam dimaklumkan oleh seorang pengurus kilang terbabit yang melakukan pemeriksaan di bilik suspek kira-kira jam 8 pagi.

"Dipercayai bayi tersebut dilahirkan dua hari lalu sebelum ditemui mati dan mayat bayi itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital untuk bedah siasat pada pagi Khamis," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Jelas beliau, polis akan mendapatkan permohonan reman terhadap suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.

"Pada masa sama akan terus mengesan teman lelaki suspek berusia 38 tahun yang dipercayai bekerja di tempat berlainan dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: