Serah siasatan kes SPRM kepada PDRM

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyerahkan siasatan kes tiga pegawainya yang didakwa terlibat dalam kehilangan wang tunai USD$6 juta (RM25 juta) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, kes melibatkan jenayah dan pecah amanah itu sewajarnya diserahkan kepada PDRM untuk siasatan lanjut bagi mengelakkan tohmahan dan pandangan negatif daripada masyarakat terhadap SPRM.

“Ia merupakan kes jenayah, bukan rasuah dan menyerahkannya kepada PDRM akan menjaga integriti SPRM,” katanya kepada Kru Rasuah Busters pada Selasa.

Beliau berkata, sebelum ini SPRM pernah berdepan dengan isu tohmahan membabitkan kes siasatan seorang suspek Macau Scam yang meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan suruhanjaya itu di Putrajaya.

“Ketelusan dan keikhlasan perlu ada untuk kes ini. Kembalikan semula kepercayaan masyarakat kepada SPRM. Jika ada kelemahan perlu terima daripada menjadi celaan masyarakat,” tegas beliau.

Pada Isnin, SPRM mengesahkan penahanan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

SPRM dalam satu kenyataan menegaskan bahawa suruhanjaya itu tidak akan melindungi pegawainya yang terlibat dengan jenayah.

Artikel Berkaitan: