Mak, ayah suka bandingkan aku dengan abang...

ANAK akan berasa jauh hati apabila ibu bapa suka membandingkan diri mereka dengan adik-beradik lain.
ANAK akan berasa jauh hati apabila ibu bapa suka membandingkan diri mereka dengan adik-beradik lain.
A
A
A

PERNAH tak kita dengar cerita ibu bapa suka lebih-lebihkan anak? Kiranya, macam anak emaslah. Mungkin ia terjadi kepada diri kita sendiri.

Hal ini kadang-kadang membuatkan anak jauh hati dengan ibu dan bapa sendiri.

Jangan begitu, kiranya anda berpelakuan sedemikian, ia sudah jatuh derhaka.



JANGAN MARAH MAK AYAH KALAU MEREKA BIAS

Dalam perkongsian ilmu daripada Prof Dr Muhaya Mohamad, beliau menjelaskan, apabila ibu bapa mula membandingkan, anak-anak akan hilang keyakinan diri dan merasa rendah diri.

Ujar Dr Muhaya, apabila sudah besar, si anak ini akan menjadi orang yang suka merendah-rendahkan orang lain pula.

PROF MUHAYA
PROF MUHAYA

Namun, katanya, apabila mak ayah berbuat begitu, sebagai anak, kita perlu memaafkan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Kita kena maafkan mak ayah kita sebab mak ayah kita mungkin dibandingkan oleh mak ayah dia," katanya melalui laman perkongsiannya.



CARI JALAN SUPAYA MAK AYAH SUKA KITA JUGA

Kata Dr Muhaya, untuk mengatasi masalah ini, seseorang individu kena bersikap positif.

"Kita cuba bina keyakinan diri sendiri dengan melihat abang saya berjaya.

Cuba apa ciri-ciri abang yang buat dia lebih berjaya.

"Apakah tindakan yang buat mak ayah saya dia. Maka, kita ikut. Cari clue macam mana abang kita jadi macam tu," katanya.

Pada masa sama, individu itu juga mesti mengkaji dirinya juga.

"(Barangkali), saya ini sebenarnya tidak macam abang. Saya tidak disiplin. Saya bangun lambat. Saya tidak solat. Kita (secara kesimpulannya) tidak melakukan apa yang sepatutnya sebagai anak," kata Dr Muhaya lagi.



PANDANG CERMIN, PUJI DIRI KITA SENDIRI

Kata pakar motivasi itu lagi, kita perlu memperbaiki dan membahagiakan diri kita sendiri.

"Teknik bagaimana nak bahagiakan diri ialah tengok kat cermin, tengok diri kita, hari-hari cakap dengan cermin.

"Cakap yang baik-baik sahaja, orang yang tinggi energynya ialah orang yang sentiasa (mendapat) puji. (Tapi) puji diri sendiri tanpa orang ada.

"(Kata pada diri), sebenarnya apa yang berlaku ni, untuk aku perbetulkan diri aku. Aku maafkan ibu bapaku. Mungkin mak ayah buat aku ni, bukan pasal dia negatif, tapi dia buat ini sebenarnya untuk menjadi satu stimulasi atau motivasi (kepada aku)," katanya.



BUANG PENYAKIT HATI

UNTUK mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni, ibu bapa dinasihatkan berlaku adil kepada semua anak-anak.-Gambar hiasan
UNTUK mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni, ibu bapa dinasihatkan berlaku adil kepada semua anak-anak.-Gambar hiasan

Dr Muhaya menambah, tidak perlu mempunyai sifat marah atau memendam rasa kalau ibu bapa lebihkan adik-beradik lain.

"Sebab kalau nak berjaya, mesti ikut orang berjaya, betul tak?

"Jadi, buang penyakit hati, dengki, down dan sebagainya. Jadi positif, optimis...dan perbaiki diri, perbaiki kehidupan kita," katanya lagi.