Enam lelaki terlibat judi dalam talian ditahan

Muhammad Idzam sedang melihat telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian.
Muhammad Idzam sedang melihat telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai enam lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian dalam talian menggunakan telefon bimbit di Taman Miharja di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kesemua suspek berusia 51 hingga 76 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 3.50 petang

"Kami merampas 12 unit telefon bimbit, satu tablet, satu komputer berserta unit pemprosesan komputer dan wang tunai RM925," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Muhammad Idzam berkata, hasil semakan mendapati premis perjudian tersebut beroperasi pada setiap hari selama 24 jam sejak minggu lalu.

"Individu yang datang untuk bermain judi di premis ini merupakan pelanggan tetap sahaja," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil di sini bagi membantu siasatan.

"Kesemua suspek akan direman pada Khamis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) akta sama," katanya.

Artikel Berkaitan: