X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Lebih 70,000 remaja terima vaksin Covid-19 di Melaka

Gambar hiasan
A
A

MELAKA - Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Melaka bermula secara rasmi pada Selasa membabitkan 24,364 remaja berusia 16 hingga 17 tahun dan 51,182 remaja berusia 12 hingga 15 tahun, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, sehingga pukul 12 tengah hari Selasa, 120 (0.94 peratus) remaja berusia 16 hingga 17 tahun telah menerima dos pertama, manakala 27 orang (0.11 peratus) lengkap dua dos.

"Sementara itu, 57 (0.11 peratus) remaja berusia 12 hingga 15 tahun juga menerima dos pertama manakala yang lengkap dua dos pula 16 (0.03 peratus) orang," katanya pada sidang akhbar ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Ditanya mengenai remaja yang lengkap dua dos vaksin walaupun program berkenaan baru dilancarkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Isnin lepas, Sulaiman berkata, ia membabitkan golongan tersebut yang mempunyai kes-kes tertentu terutamanya berkaitan tahap kesihatan mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 375 daripada 19,345 guru dan kakitangan sokongan sekolah di negeri itu masih belum menerima vaksin.

Isnin lepas, Khairy dilaporkan berkata, PICK Remaja dimulakan secara rasmi dengan menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!