Pemain perlu sedia berdepan kritikan

Suarez muncul wira Atletico ketika menentang Getafe pada awal pagi Rabu.
Suarez muncul wira Atletico ketika menentang Getafe pada awal pagi Rabu.
A
A
A

PENYERANG Atletico Madrid, Luis Suarez menegaskan setiap pemain bola sepak perlu bersedia untuk berdepan dengan pelbagai kritikan.

Menurut Suarez, segala kritikan yang diterima sebenarnya membantu seseorang pemain untuk memperbaiki serta meningkatkan lagi mutu permainan masing-masing.

“Setiap pemain terutamanya pemain terkemuka dunia perlu bersedia untuk berdepan dengan kritikan-kritikan daripada pelbagai pihak.

“Mereka (pemain) juga perlu bijak menangani segala kritikan berkenaan dan tidak sesekali merasa terbeban dengannya (kritikan).

“Sebagai contoh, saya sendiri tidak menjadikan kritikan yang ditujukan kepada saya sebagai sesuatu yang negatif, tetapi menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk berjaya,” katanya.

Terdahulu, Suarez menjaringkan dua gol ketika Atletico bangkit menewaskan Getafe 2-1, sekali gus melonjak ke tangga teratas La Liga.

"Pada babak pertama, pergerakan kami tidak lancar, kurang dinamik sehinggalah lawan menjaringkan gol. Pada babak kedua, kami mendapat lebih rentak, intensiti dan lebih berkesan ketika menyerang,'' kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

Artikel Berkaitan: