X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Ambulan terbalik dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat

Secara tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah kiri melanggar bahagian tengah ambulan sehingga terbalik. - Foto PDRM
A
A

KULIM - Pemandu serta tiga kakitangan sebuah hospital swasta nyaris maut apabila ambulan yang dinaiki mereka terbalik selepas dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Simpang Empat berhampiran persimpangan lampu isyarat Pejabat Pendidikan Daerah Kulim di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika itu ambulan itu dikatakan dalam perjalanan ke Hospital Kulim.

“Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat ambulan terbabit dikatakan memasang siren kecemasan dan melepasi lampu isyarat.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah kiri melanggar bahagian tengah ambulan sehingga terbalik,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, akibat perlanggaran itu ambulan terbalik di atas jalan.

“Pemandu serta tiga individu berada dalam ambulan terselamat tanpa mengalami kecederaan manakala pemandu kereta itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!