Penjaja di NS tidak perlu bayar lesen mulai tahun depan

Teo Kok Seong ( tengah) semasa melawat Pasar Besar Seremban tadi.
Teo Kok Seong ( tengah) semasa melawat Pasar Besar Seremban tadi.
A
A
A
SEREMBAN - Kerajaan Negeri akan memansuhkan bayaran pembaharuan lesen penjaja mulai tahun hadapan.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Teo Kok Seong berkata, pemansuhan itu melibatkan pengurangan pendapatan tahunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak RM708,953 bagi seluruh Negeri Sembilan.

"Walaupun Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk memansuhkan bayaran pembaharuan lesen, tetapi penjaja perlu membuat pembaharuan setiap tahun.

"Proses pembaharuan lesen berjalan seperti biasa, cuma mereka tidak dikenakan bayaran sahaja.

"Melalui pemansuhan ini, PBT akan mengalami kekurangan pendapatan tahunan misalnya di Majlis Perbandaran Seremban akan mengalami kekurangan pendapatan lebih kurang RM114,000 setahun, manakala di Nilai sebanyak RM130,000," katanya.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Pasar Besar Seremban di sini tadi.

Tambahnya, pemansuhan bayaran adalah berbeza antara RM32 sehingga RM150 mengikut kategori penjaja termasuk penjaja kendera saji (Food Truck).

Katanya, lebih 5,000 penjaja di seluruh Negeri Sembilan akan menerima manfaat tersebut, yang mana selari dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu mengurangkan beban rakyat.