Isu taraf kewarganegaraan: KDN cadang kerajaan pinda Perlembagaan

Hamzah
Hamzah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri ingin membawa cadangan kepada kerajaan supaya meminda Perlembagaan bagi memudahkan isu taraf kewarganegaraan kepada ibu melahirkan anak mereka di luar negara walaupun berkahwin dengan warganegara asing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya bersimpati dengan kes berkaitan, namun menjelaskan bahawa Perlembagaan tidak memperuntukkan untuk anak tersebut diberikan taraf kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang.

Menurutnya, sebagai seorang seorang menteri, beliau terikat dengan Perlembagaan dan perundangan sedia ada dalam negara berhubung dengan perkara mengenai kewarganegaraan.

“Keputusan kes ini menyebelahi kerajaan dan telah dibuat rayuan oleh Mahisha Suhaila Abdul Majeed kepada Mahkamah Rayuan dan akan dibicarakan pada November 2021.

“Setelah menerima keputusan yang berbeza, KDN bercadang untuk membawa perkara ini bagi mendapat polisi baharu kerajaan untuk meminda Perlembagaan bagi memudahkan ibu-ibu melahirkan anak mereka di luar negara walaupun berkahwin dengan warganegara asing.

“Dalam masa yang sama perkara ini perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja selaras dengan Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu yang dibangkitkan di Parlimen mengenai permohonan rayuan daripada Peguam Negara berhubung kes saman melibatkan berkaitan ibu warganegara yang melahirkan anak di luar negara.

Pada 27 April lalu, kerajaan Malaysia memohon Mahkamah Tinggi supaya membatalkan saman yang difailkan oleh sebuah persatuan dan enam wanita yang berkahwin dengan warga asing bagi membolehkan anak mereka yang dilahirkan di luar negara mendapat hak menjadi warganegara Malaysia.

Artikel Berkaitan: