KPM, KKM laksana PICK-Remaja

Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan dengan menyasarkan pembabitan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun. Foto Bernama
Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan dengan menyasarkan pembabitan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK-Remaja) kepada pelajar berumur 12 hingga 17 tahun.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, program tersebut dilaksanakan secara berperingkat mengikut lokasi sekolah dan jadual akan disediakan secara bersama oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah.

“PICK-Remaja sedang berlangsung di seluruh negara melibatkan 868 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam serta PPV sekolah dan institusi pendidikan.

“Guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) sekolah akan turut membantu dalam pelaksanaan PICK-Remaja di PPV sekolah yang terlibat

“Untuk 868 PPV, jumlah sukarelawan yang terlibat termasuk guru dan AKP adalah seramai 13,695 orang,” katanya ketika sidang akhbar secara dalam talian bersama Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berhubung vaksinasi remaja pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak KPM berpegang pada prinsip utama iaitu memastikan seramai mungkin pelajar menerima vaksin dalam masa yang terdekat.

“Saya rasa prinsip yang cukup penting yang kami pegang adalah inginkan seramai mungkin pelajar dapat menerima vaksin dalam masa yang terdekat.

“Jadi kami tidak memilih jurusan mana, kumpulan mana, tetapi lebih menjurus kepada pembukaan semula iaitu khususnya tingkatan enam sebagai contoh ataupun kelas peperiksaan yang perlu balik ke sekolah untuk membuat persediaan untuk peperiksaan.

Artikel Berkaitan:

“Itu prinsip utama yang kami pegang,” ujarnya.