KKMM rancang tubuh Command Centre


ANNUAR
ANNUAR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) merancang menubuhkan Pusat Kawalan Komunikasi atau Command Centre bertujuan meningkatkan keberkesanan penyaluran maklumat kepada golongan sasar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu demi memastikan segala maklumat yang dikeluarkan oleh kerajaan dapat disampaikan dengan lebih pantas.

"Satu kajian dan penelitian sedang dilakukan bagi membolehkan pusat kawalan komunikasi ini berfungsi dengan lebih berkesan supaya segala apa yang diputuskan kerajaan dapat disampaikan kepada kumpulan sasar secara lebih tepat dan pantas," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Annuar berkata, KKMM juga akan turut memperkemaskan jentera Jabatan Penerangan termasuk di peringkat daerah.

"Selain itu, kementerian juga akan mempergiatkan penglibatan komuniti melalui 'Komuniti Keluarga Malaysia' iaitu satu bentuk kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) di peringkat akar umbi bagi membolehkan mereka menyampaikan mesej-mesej kerajaan," katanya.

Katanya, diharap pusat-pusat internet komuniti dapat berfungsi sebagai pusat penyaluran maklumat.

"Pada masa ini, ada hampir 800 pusat internet yang akan diubah menjadi pusat digital ekonomi Keluarga Malaysia. Dengan kemudahan yang ada, mereka akan turut membantu usaha-usaha kerajaan menyampaikan maklumat kepada masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan: