X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

KPDNHEP sita 90 tong gas LPG

Sebuah lori bermuatan 90 tong gas LPG disita KPDNHEP Perak selepas didapati disimpan di tempat yang tidak dilesenkan di Tapah. Foto: ihsan KPDNHEP.
A
A

TAPAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita 90 tong gas petroleum cecair (LPG) yang disimpan di tempat tidak dilesenkan dalam serbuan di sebuah taman perumahan di sini pada Rabu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Dottie Azlina Ismail berkata, serbuan kira-kira jam 6 pagi itu dilakukan selepas menerima maklumat terdapat sebuah lori bermuatan LPG diletakkan di parkir kawasan perumahan awam berkenaan.

"Pasukan serbuan telah berjumpa dengan seorang lelaki berusia 36 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori tersebut.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati pemandu lori telah gagal mengemukakan lesen berniaga runcit barang kawalan (CSA) LPG di atas pendaftaran syarikat yang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati bekalan barang kawalan LPG diperoleh daripada pembekal dari luar negeri Perak.

"Pemandu lori tersebut telah diarahkan untuk membuat pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta kawalan Bekalan 1961.

"Pasukan telah menyita 43 buah tong berisi pelbagai jenama, 47 buah tong kosong bernilai RM8,248.80 dan lori jenama Hicom," katanya.

Katanya, kes siasat di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!