X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

JAS Johor belum sedia dedah analisis pencemaran

Mohd Famey
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor masih belum bersedia untuk mendedahkan keputusan analisis pencemaran bahan kimia yang berlaku di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas pada minggu lalu.

Pengarahnya, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, walaupun pihaknya sudah menerima keputusan analisis terbabit daripada Jabatan Kimia namun pendedahan mengenai perkara itu tidak dapat dilakukan kerana dikhuatiri menjejaskan integriti kertas siasatan kes terbabit.

"Laporan analisis toksik insiden pembuangan sisa kimia terjadual berbahaya di Kempas sudah diterima, namun keputusannya tidak dapat diumumkan ketika ini.

"Selalunya laporan analisis kimia kita tidak boleh umumkan terlebih dahulu kerana ia akan menjejaskan integriti kertas siasatan dan semasa pertuduhan kes.

"Namun jika Penasihat Undang-Undang JAS membenarkan hasil analisis itu didedahkan, kita akan maklumkannya kepada masyarakat," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada 15 September lalu, JAS Johor mengesan tiga bahan kimia yang berada di udara dan tali air Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas.

Dr Mohd Famey berkata, sampel pencemaran yang diambil di tali air dan Sungai Tawakal di kampung terbabit perlu dianalisis serta disahkan terlebih dahulu oleh Jabatan Kimia.

Katanya, sampel bahan kimia berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jayat atau Melaka bagi mendapatkan bacaan tepat berhubung kandungan sisa kimia yang dikesan di tali air dan sungai berkenaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!