149,298 pelajar di Selangor bakal terima vaksin Covid-19

Dr Sha'ari (kanan) bersama Dr Siti Mariah.
Dr Sha'ari (kanan) bersama Dr Siti Mariah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 149,298 pelajar di Selangor bakal menerima vaksin Covid-19 menerusi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di negeri itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, terdapat sebanyak 399 buah sekolah terdiri daripada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan swasta di negeri berkenaan.

Menurutnya, bilangan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di Selangor adalah seramai 142,203 orang tidak termasuk sejumlah 6,095 orang tinggal di asrama di luar negeri tetapi menetap di Selangor.

"Secara keseluruhannya kami mengenal pasti seramai 148,298 pelajar akan diberikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah dan PPV yang terbabit secara janji temu.

"Sehingga Isnin lalu, seramai 2,529 pelajar sudah mendapat suntikan vaksin dos pertama Comirnaty keluaran Pfizer BioNTech menerusi pelaksanaan PICK Remaja ini," katanya pada Rabu selepas mesyuarat bersama Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di sini.

PICK Remaja di Selangor bermula dengan pemberian vaksin kepada pelajar berumur 12 hingga 17 tahun yang menghadapi masalah kesihatan (comorbid) pada 15 September lalu.

Pemberian vaksin kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang berumur 16 dan 17 tahun menerusi pelaksanaan program sama pula dimulakan pada 20 September.

Artikel Berkaitan: