Malaysia raih tiga pengiktirafan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menerima tiga pengiktirafan melalui Anugerah Inovasi Asia Tenggara dan Selatan baru-baru ini oleh Clarivate Plc, peneraju global dalam penyaluran maklumat serta pandangan yang dipercayai untuk mempercepatkan langkah inovasi.

Clarivate dalam satu kenyataan menjelaskan Malaysia merangkul tiga anugerah dalam tiga kategori berbeza iaitu institusi akademik melalui Universiti Putra Malaysia, organisasi penyelidikan kerajaan yang dirangkul oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan syarikat melalui Top Glove Corporation Bhd.

Keseluruhan 27 pemenang daripada 276 organisasi diumumkan di Forum Inovasi untuk wilayah tersebut pada 21 September.

"Anugerah ini berdasarkan analisis jumlah paten, jumlah kutipan, kejayaan paten dan tahap globalisasi dalam penggunaan paten, dengan menggunakan data daripada Derwent World Patents Index (DWPI) serta Derwent Patent Citations Index (DPCI).

"Kriteria yang digunakan untuk memilih inovator terbaik dari Asia Selatan dan Asia Tenggara sama dengan kriteria yang digunakan oleh Top 100 Global Innovators tahunan yang mengenal pasti organisasi yang mencerminkan keunggulan dalam landskap inovasi global," kata Clarivate. - Bernama

Artikel Berkaitan: