Dewan Rakyat akan jawab isu pegawai SPRM seleweng

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun akan menjawab mengenai isu penangkapan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis pagi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan ketika dihubungi oleh Setiausaha Dewan Rakyat pada Rabu.

“Saya baru dihubungi Setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat hanya akan menjawab surat saya berkenaan usul membahas isu penangkapan tiga pegawai SPRM pada esok pagi,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Rabu.

Pada Isnin, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga pegawai terbabit sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman selama enam hari bermula 14 September lalu.

Artikel Berkaitan: