Kes tembak anggota TUDM: Polis tunggu laporan forensik

Polis sedang menunggu laporan forensik berkaitan insiden tembakan melibatkan empat anggota TUDM yang terkorban di kem TUDM, Kota Samarahan pada 13 Ogos lepas.
Polis sedang menunggu laporan forensik berkaitan insiden tembakan melibatkan empat anggota TUDM yang terkorban di kem TUDM, Kota Samarahan pada 13 Ogos lepas.
A
A
A

KUCHING - Polis sedang menunggu laporan forensik berkaitan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban di kem TUDM, Kota Samarahan, 13 Ogos lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, laporan tersebut antara lain turut melihat kepada kandungan telefon bimbit mangsa serta suspek yang diambil bagi membantu siasatan.

Katanya, telefon-telefon berkenaan telah dihantar ke unit forensik di Bukit Aman dan pihaknya kini masih menunggu laporan daripada mereka.

“Banyak perkara yang perlu diteliti dalam kes ini kerana melibatkan empat mangsa. Kita perlu lihat sejarah mereka...kandungan dalam telefon sama ada terdapat masalah seperti perbalahan atau isu lain yang boleh mencetuskan kejadian itu.

“Selain itu, kita juga telah rakam keterangan saksi serta rakan-rakan mangsa,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini pada Rabu.

TUDM sebelum ini memaklumkan, berlaku satu insiden tembakan pada 13 Ogos lepas membabitkan empat anggota pasukan itu pada jam 7.15 pagi di Unit TUDM di Kota Samarahan.

Empat anggota yang terkorban dalam insiden berkenaan ialah Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, Koperal Udara Mohamad Ehsan Sehamat, Koperal Udara Ho Swee Boon dan Laskar Udara Nesly Anak Nabau. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tembak tiga rakan setugas sebelum tembak diri sendiri: PDRM

Artikel Berkaitan: