X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Mayat wanita warga emas ditemukan tepi pantai

Mayat wanita warga emas ditemukan terdampar di tepi pantai di Jalan Sultan Ibrahim, Stulang, Johor Bahru, pada Rabu.
A
A

JOHOR BAHRU - Mayat wanita warga emas ditemukan di tepi pantai di Jalan Sultan Ibrahim, Stulang di sini pada Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Syuhaidy Fazli Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 11.27 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mangsa dikenali sebagai Tham Foong [email protected] Siew Leng, 74. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat pada jam 12.23 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!