X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

64 penjawat awam di Negeri Sembilan tolak vaksin

Gambar hiasan
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengenal pasti 64 daripada 7,224 penjawat awamnya menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah berkenaan hanyalah mewakili peratusan kecil dari keseluruhan penjawat awam yang berkhidmat di bawah kerajaan Negeri Sembilan.

"Seramai 64 orang ini memang tegar tidak mahu vaksin, tetapi kita telah berusaha dengan meminta ketua-ketua jabatan untuk memanggil dan memujuk mereka supaya menerima suntikan vaksin.

"Selain itu, kita turut menggunakan kaedah kesedaran dengan memanggil bekas pesakit Covid-19 yang telah pulih untuk menceritakan pengalaman mereka sepanjang tempoh rawatan antaranya situasi di hospital dan keadaan selepas dijangkiti wabak," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Pasca Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, Aminuddin berkata, program pemberian vaksin secara 'walk-in' kepada warganegara Malaysia yang tinggal di Negeri Sembilan diteruskan sehingga 30 September ini.

"Sejak pusat pemberian vaksin (PPV) awam dibuka pada Isnin, jumlah yang hadir 'walk-in' untuk vaksinasi dalam tempoh dua hari lalu (Isnin dan Selasa) ialah seramai 2,335 orang," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kerajaan Negeri Sembilan menyediakan 19,000 dos suntikan vaksin Covid-19 secara terus atau 'walk in' bagi individu yang belum mendapatkan vaksin itu bermula 20 hingga 25 September ini di 10 pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan sebuah klinik kesihatan yang terpilih di setiap daerah di negeri ini.

Kemudahan itu bagi memastikan seluruh rakyat di negeri ini yang berumur lebih 18 tahun menerima suntikan vaksin dan seterusnya memastikan kadar jangkitan Covid-19 di negeri ini terus melandai.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!