X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Reformasi Parlimen perlu ambil kira situasi Malaysia

Pandikar Amin Mulia
A
A

SHAH ALAM - Penambahbaikan dan reformasi Parlimen seharusnya mengambil kira budaya politik Malaysia sejak merdeka, agama dan bangsa.

Mantan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ia bukan semata-mata salin dan tampal dari negara luar kerana apa yang baik dari negara tersebut tidak semestinya sesuai untuk Malaysia.

Ujar beliau, ketika menjawat jawatan itu sebelum ini Speaker tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mengubah peraturan mesyuarat.

“Sebaliknya, yang mengubah peraturan mesyuarat itu ialah jawatankuasa peraturan mesyuarat yang mempunyai ahli-ahli yang dipilih sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang mengikut kuota.

"Bagaimanapun wakil-wakil rakyat pula yang harus membahaskan keputusan jawatankuasa itu apabila dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Wacana Sinar Live Edisi 291 yang bertajuk Reformasi Parlimen: Ke Arah Kematangan Demokrasi pada Selasa.
Wacana Sinar Live Edisi 291 yang bertajuk Reformasi Parlimen: Ke Arah Kematangan Demokrasi pada Selasa.

Tambah beliau lagi, Parlimen seharusnya bebas dalam menentukan bajet kewangan bagi setiap tahun namun sebaliknya ia ditentukan oleh pihak eksekutif itu sendiri.

“Saya masih ingat lagi pada ketika kami memohon peruntukan untuk Parlimen, apa yang kami minta 100 peratus tetapi yang diberi 45 peratus.

“Bahkan pada ketika itu untuk keluar negara perlu tulis dahulu kepada Perdana Menteri sama ada dibenarkan atau tidak. Atas semua itu, Parlimen dilihat bukan sahaja dikongkong tetapi benar-benar duduk di bawah kuasa eksekutif,” ujarnya.

Menurut beliau, institusi, pentadbiran dan kewangan perlu diberikan autonomi sepenuhnya kepada Parlimen supaya tidak dilihat dikongkong oleh badan eksekutif.

Pandikar Amin berkata sebelum ini, Akta Perkhidmatan Parlimen telah digariskan supaya ia mempunyai kuasa dan tidak terikat dengan pentadbiran awam.

“Autonomi institusi adalah kebebasan Parlimen itu daripada dikuasai oleh dua lagi badan iaitu badan kehakiman dan badan eksekutif manakala Autonomi Pentadbiran tidak harus dilihat sebagai dikongkong oleh eksekutif sebagaimana suatu ketika dahulu," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!