Kes gangguan seksual babit pendakwah terkenal masih disiasat

BUKIT AMAN
BUKIT AMAN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis masih menjalankan siasatan dalam kes dakwaan gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan.

"Siasatan masih diteruskan dan belum ada perkembangan terbaru lagi," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pada 19 Ogos lalu, seorang pendakwah terkenal hadir ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan dakwaan kes gangguan seksual.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan: