PGA rampas pakaian seludup RM17,420

Antara pakaian yang dirampas semasa rondaan berkenaan.
Antara pakaian yang dirampas semasa rondaan berkenaan.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sebanyak 328 helai pelbagai jenis pakaian berjumlah RM17,420 berjaya dirampas dalam satu serbuan yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan pada Selasa.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, pada jam 11.43 malam, pihaknya yang sedang melakukan rondaan bermotosikal di kawasan tanggungjawab Sektor Rantau Panjang terserempak dengan beberapa orang lelaki yang didakwa sedang memikul bungkusan warna putih masuk ke dalam sebuah kenderaan.

Beliau berkata, ketika pihaknya menghampiri individu terbabit dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis, kesemua lelaki tersebut bertindak melarikan diri dan gagal dikesan.

"Pemeriksaan awal pada kenderaan berkenaan menemui satu guni besar berwarna putih berisi pakaian di bahagian tempat duduk belakang dan satu lagi guni berada di but belakang.

"Selepas menunggu selama 15 minit dan tiada individu datang menuntut, pihaknya membawa kenderaan tersebut serta barang-barang yang dijumpai ke Komtak PGA Taman Bakti, Rantau Panjang untuk buat pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azhari berkata, hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati kesemua pakaian tersebut dipercayai diseludup dari pengkalan haram berhampiran.

"Pakaian berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan selanjutnya dan jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM47,420 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(e) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan: