Kes baharu Covid-19 menurun kepada 14,990

Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 14,990 kes pada Rabu berbanding 15,759 kes pada Selasa.
Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 14,990 kes pada Rabu berbanding 15,759 kes pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - [KEMASKINI] Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 14,990 kes pada Rabu berbanding 15,759 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kes Covid-19 secara keseluruhan adalah 2,142,924 kes.

“Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 2,414 kes diikuti Johor (1,880), Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490) dan Pulau Pinang (1,224).

“Selain itu, Sabah merekodkan 1,199 kes diikuti Kedah (1,007), Terengganu (852), Pahang (688), Melaka (313), Negeri Sembilan (170), Perlis (97), Putrajaya (30) dan Labuan (tiga),” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 di seluruh negara setakat jam 5 petang, Selasa berada pada kadar 63 peratus dengan Kelantan merekodkan penggunaan tertinggi iaitu 94 peratus diikuti Sarawak (85 peratus) dan Pulau Pinang (82 peratus).

"Kadar penggunaan katil ICU di seluruh negara pula adalah 75 peratus dengan Perlis mencatatkan penggunaan tertinggi iaitu 100 peratus diikuti Sarawak (94 peratus), Pulau Pinang (92 peratus), Johor (87 peratus) dan Selangor (85 peratus)," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kadar vaksinasi lengkap Covid-19 rakyat di negara ini setakat Selasa telah mencecah 57.5 peratus dengan individu yang baharu mendapat satu dos vaksin adalah sebanyak 68.1 peratus.

“Lembah Klang yang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai kadar vaksinasi populasi dewasa tertinggi iaitu 107.4 peratus diikuti Labuan (98 peratus), Negeri Sembilan (94.4 peratus), Sarawak (89.2) dan Perlis (85 peratus).

Artikel Berkaitan:

“Kadar vaksinasi di Terengganu adalah 79.3 peratus diikuti Melaka (78.9 peratus), Pulau Pinang (76 peratus), Johor (72 peratus), Kedah (64 peratus), Perak (62.3 peratus), Pahang (62.2 peratus), Kelantan (60.7 peratus) dan Sabah (55.9 peratus),” katanya.