Sila log masuk terlebih dahulu.

MCA, MIC janganlah terburu-buru...

Asyraf Wajdi Dusuki - Foto Sharifudin Abdul Rahim
Asyraf Wajdi Dusuki - Foto Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

BESUT - Pemuda UMNO menasihatkan agar dua parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC supaya mengutamakan rakyat berbanding kepentingan parti apabila mencadangkan pembubaran BN supaya parti komponen itu dapat meneroka peluang pakatan politik baharu.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setiap keputusan tidak perlu dibuat secara terburu-buru dan dilakukan dalam keadaan marah kerana ia boleh dibawa berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

“Saya bagi pihak Pemuda UMNO dan BN menyarankan MCA dan MIC jangan membuat pendirian secara melulu dan dalam keadaan marah...dalam keadaan tegang jangan buat keputusan...lebih baik duduk dahulu dan berbincang,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi dua rumah pesakit kronik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di sini, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerjasama UMNO-Pas membuahkan hasil: Asyraf Wajdi

Beliau mengulas kenyataan bersama yang dibuat MCA dan MIC yang mahukan BN dibubar ekoran kecewa dengan perkembangan semasa yang menyaksikan asas kesefahaman dalam BN tidak lagi dihormati.

Dalam kenyataan tersebut yang ditandatangani Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran, kedua-dua parti itu juga mengakui sedang mempertimbangkan untuk mencari gabungan baharu.

Keputusan itu juga dipengaruhi tindakan UMNO yang membuat keputusan menjalinkan kerjasama erat dengan Pas dalam dua PRK di Cameron Highlands dan Semenyih baru-baru ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: