Dua pemancing hilang ditemui lemas

Mayat kedua-dua mangsa ditemui pasukan penyelamat awal pagi Rabu.
Mayat kedua-dua mangsa ditemui pasukan penyelamat awal pagi Rabu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Mayat dua pemancing yang dilaporkan hilang selepas menaiki bot dari Jeti Mados, Kampung Air Putih di sini pada malam Isnin lalu akhirnya ditemui awal pagi Rabu.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata, kedua-dua mayat lelaki itu ditemui nelayan tempatan secara berasingan.

“Mayat mangsa pertama, Ramdan Sulaiman, 50 ditemui lebih kurang lima kilometer dari lokasi bot mangsa pada jam 7.10 pagi manakala mayat kedua, Amiruddin Abdul Malik, 53, ditemui jam 8.04 pagi pada jarak 200 meter dari lokasi bot mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua mangsa terbabit dipercayai hilang ketika memancing sejak malam Isnin selepas bot dinaiki mereka ditemui penduduk setempat 400 meter dari jeti dalam keadaan kosong.

Anggota bomba ketika melakukan operasi menyelamat di Jeti Mados Kampung Air Putih pada pagi Rabu.
Anggota bomba ketika melakukan operasi menyelamat di Jeti Mados Kampung Air Putih pada pagi Rabu.

Al Hasra berkata, operasi mencari mangsa dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan teknik 'surface searching' dan turut dibantu Polis Marin dan tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kejadian tersebut disedari seorang pekerja mengorek pasir berhampiran lokasi. Kedua-dua mangsa dipercayai lemas apabila bot dinaiki mereka didapati kosong beberapa jam selepas itu.

“Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

Artikel Berkaitan: