MITI kenal pasti strategi baharu promosi industri EV negara

Mohamed Azmin
Mohamed Azmin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengenalpasti strategi baharu bagi mempromosikan industri kenderaan elektrik (EV) negara kepada pelabur.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau juga telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan dalam dialog Belanjawan 2022 mengenai satu dasar yang merangkumi pakej insentif yang turut memberi fokus kepada pengguna.

Menurutnya, pembentukan dasar tersebut bertujuan menarik pelaburan ekosistem industri terbabit selain turut mengukuhkan insentif sedia ada untuk pengeluar kenderaan dan komponen EV.

“Langkah ini dijangka dapat menggalakkan pelaburan daripada segi pengeluaran EV atau komponennya, sokongan infrastruktur termasuk stesen pengecas EV serta meningkatkan permintaan pengguna terhadap penggunaan kenderaan EV,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Mohamed Azmin berkata, Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 turut memberi keutamaan kepada pembangunan industri pengeluaran kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV) termasuk EV.

“Ini termasuk pembuatan komponen kritikal, penetapan standard bagi menyokong ekosistem EV dan menggalakkan aktiviti penyelidikan serta pembangunan untuk membangunkan teknologi tempatan," katanya.

Artikel Berkaitan: