Bapa MB Selangor selamat dikebumikan

Jenazah bapa Amirudin selamat dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian, Johor pada Rabu.
Jenazah bapa Amirudin selamat dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian, Johor pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Bapa kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang meninggal dunia pada Selasa selamat dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian, Johor pada Rabu.

Amirudin menerusi satu ciapan di Twitter pada Rabu memaklumkan, Allahyarham Shari Mokhsin, 67, selamat dikebumikan pada jam 11 pagi.

“Syukur, alhamdulillah urusan pengebumian jenazah Allahyarham ayah saya telah selamat dan selesai semuanya kira-kira jam 11 pagi tadi.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang mengutus ucapan takziah. Semoga roh ayah dicucuri rahmat-Nya,” katanya.

Allahyarham Shari menghembuskan nafas terakhir pada petang Selasa akibat komplikasi pernafasan.

Amirudin dalam ciapannya pada Selasa sempat berkomunikasi dengan Allahyarham menerusi WhatsApp pada jam 1.27 petang sebelum bapanya meninggal dunia pada jam 5.30 petang.

Artikel Berkaitan: