X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Balak bernilai RM15,000, jentera dirampas

Antara kayu balak yang dirampas di Kompartmen 14 Hutan Simpan Rasau Kerteh di sini pada Ahad.- Foto ihsan Jabatan Perhutanan Terengganu
A
A

DUNGUN - Jabatan Perhutanan Terengganu merampas 10 tual kayu balak bulat pelbagai saiz dan spesies serta sebuah jentera berat di Kompartmen 14 Hutan Simpan Rasau Kerteh di sini pada Ahad.

Pengarah Jabatan Perhutanan Terengganu, Roslan Rani berkata, pasukan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan ke lokasi untuk melakukan penyiasatan pada jam 9 pagi selepas menerima aduan pencerobohan di kawasan hutan simpan berkenaan.

Menurut beliau, setibanya di lokasi turut ditemukan sebuah jentera excavator jenis Hitachi ex200 berhampiran tual kayu yang disita.

"Hasil siasatan, kita percaya jentera berat tanpa pemilik itu telah digunakan untuk mengangkut kesemua hasil hutan yang dilonggokkan. Turut ditemui 15 tunggul yang berpadanan dengan tual kayu yang ditemui.

Jentera berat yang disita di Depo Sitaan Paka, Jabatan Perhutanan negeri di Paka untuk siasatan lanjut. - Foto ihsan Jabatan Perhutanan Terengganu
Jentera berat yang disita di Depo Sitaan Paka, Jabatan Perhutanan negeri di Paka untuk siasatan lanjut. - Foto ihsan Jabatan Perhutanan Terengganu

"Kita percaya kerja-kerja ini dilakukan secara berkumpulan dan kesemua hasil hutan ini baharu sahaja ditebang. Jentera anggaran RM50,000 itu disita di Depo Sitaan Paka, Jabatan Perhutanan negeri di Paka di sini untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 47 (1) dan 81 (1) (b) Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986 Negeri Terengganu.

Dalam pada itu, Roslan berkata, pihaknya sentiasa melakukan operasi bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan kesalahan hutan dan jenayah alam sekitar dapat dikawal dan dibanteras.

"Kita juga sentiasa mengalu-alukan maklumat awam dan orang ramai kini dilihat semakin berani untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penerokaan serta pencerobohan hutan secara haram," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!