X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Video makan mi panas sehingga keluar asap tular di media sosial

Rakaman video dimuat naik pada Sabtu lepas dan sehingga kini meraih sebanyak 12 juta tontonan. - Foto TikTok sikhansuy
A
A

AKSI seorang wanita menghembus asap yang banyak dari mulutnya selepas 'makan' hidangan mi panas tular di media sosial.

Rakaman video di akaun TikTok Sikhansuy dimuat naik pada Sabtu lepas dan sehingga kini meraih sebanyak 12 juta tontonan.

Dalam rakaman tular itu, perakam video menceritakan detik dia dan rakannya memesan semangkuk mi segera di warung tepi jalan.

Tiada maklumat tentang siapa wanita tersebut melainkan catatan pada video yang menyatakan bahawa wanita itu berasa sangat lapar.

@sikhansuy

Ngeleh je

suara asli - Suy

Dalam video tersebut, kelihatan dua gadis berada di sebuah gerai makanan menyajikan mi segera.

Ketika kamera beralih dari pemilik gerai kepada rakannya yang sedang menyuap mi segera, perakam video terus menjerit "panas!"

Kelihatan pada video itu rakannya hampir saja menyuapkan mi tersebut.

Namun apa yang peliknya apabila dia kemudian menghembus asap yang banyak dan mengakui bahawa mi itu sememangnya panas.

Rakannya yang sempat menjamah mi tersebut terus terhenti dan menghembuskan asap yang banyak serta sempat mengakui sememangnya mi berkenaan panas sebelum rakaman berakhir.

Tidak diketahui sama ada ia benar berlaku namun rata-rata netizen mempertikai rakaman itu dan menganggapnya direka-reka untuk tujuan publisiti. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!