Pelakon 'Sex And The City' Willie Garson meninggal dunia

Anak lelaki Garson, Nathen turut mengesahkan berita kematian bapanya itu. - Foto Twitter Variety
Anak lelaki Garson, Nathen turut mengesahkan berita kematian bapanya itu. - Foto Twitter Variety
A
A
A

PELAKON Willie Garson, 57, yang terkenal dengan watak Stanford Blatch dalam siri drama 'Sex and the City', meninggal dunia pada Selasa.

Berita pemergian Garson itu disahkan ahli keluarga kepada portal hiburan Variety.

Namun punca kematian tidak dinyatakan.

Anak lelaki Garson, Nathen turut mengesahkan berita kematian bapanya itu di akaun Instagram miliknya.

Baru-baru ini Willie Garson dilihat sertai rakaman siri drama sampingan 'Sex and the City' bertajuk 'And Just Like That' keluaran HBO bersama pelakon utama, Sarah Jessica Parker.

Penerbit Eksekutif drama itu, Michael Patrick King memberitahu Variety, Garson sering jatuh sakit sepanjang sesi penggambaran dijalankan namun dia nekad untuk terus bekerja.

Artikel Berkaitan:

"Ini merupakan berita yang sangat sedih buat kami," katanya. - Awani