X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Lagi desakan tubuh badan bebas siasat pegawai SPRM

Mohamed Arshad Raji
A
A

SHAH ALAM - Satu badan bebas perlu ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan barang kes membabitkan wang tunai AS$6 juta (RM25 juta) yang didakwa melibatkan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, badan bebas dan profesional perlu ditubuhkan untuk menjalankan siasatan lengkap secara telus.

Menurutnya, badan penyiasat perlu melibatkan kumpulan pakar berkredibiliti demi memastikan pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita mahu dakwaan serius melibatkan pegawai kanan SPRM ini disiasat dengan telus, sekali gus membersihkan nama suruhanjaya ini di mata masyarakat," katanya pada selasa.

Mengulas lanjut, Mohamed Arshad berpandangan bahawa orang berkepentingan politik tidak boleh sama sekali diletakkan untuk mengendalikan kes seumpama itu.

Tegasnya, banyak kumpulan profesional di negara ini yang boleh menjalankan siasatan berhubung kehilangan wang tersebut.

"Secara peribadi, saya melihat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) paling layak untuk diberikan tanggungjawab mengendalikan siasatan ini kerana mereka mempunyai pelbagai kemahiran dan pakar dalam bidang berkenaan," katanya.

Sementara itu katanya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki perlu berundur atau berehat seketika sepanjang proses siasatan berlangsung bagi memastikan siasatan telus dilaksanakan demi mencari kebenaran.

"Sekiranya Azam Baki tahu mengenai perkara (dakwaan) ini, beliau seharusnya letak jawatan atau keluar terus daripada SPRM.

"Jika dakwaan ini benar, beliau perlu berasa malu dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang berlaku. Dakwaan ini melibatkan orang kanannya," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!