Negeri Sembilan akhiri kemarau kejuaraan

Pemain Negeri Sembilan, R Baratkumar (dua, kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan ketika menentang PDRM pada perlawanan Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.
Pemain Negeri Sembilan, R Baratkumar (dua, kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan ketika menentang PDRM pada perlawanan Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.
A
A
A

STADIUM Tuanku Abdul Rahman menjadi saksi Negeri Sembilan FC mengakhiri kemarau hampir 10 tahun kejuaraan utama apabila muncul juara Liga Premier 2021.

Skuad kendalian K Devan mengesahkan kejuaraan musim ini selepas menundukkan PDRM FC 4-2 untuk mengumpul 41 mata selepas mengharungi 20 perlawanan dengan catatan 12 kemenangan, lima seri dan tiga tewas pada saingan musim ini.

Tiga mata di Paroi itu menyaksikan The Jangs mengatasi pesaing terdekat Sarawak United dan Terengganu FC II yang sekadar seri dan tewas kepada lawan masing-masing malam ini.

Sarawak United kendalian E Elavarasan pula terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua apabila sekadar seri 1-1 dengan ketika berkunjung ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT II)

Keputusan itu menyaksikan The Crocs mengakhiri cabaran dengan mengumpul 38 mata selepas mengharungi 20 perlawanan hasil 11 kemenangan, lima seri dan empat tewas sepanjang musim ini.

Kelab pembangunan Terengganu FC, Terengganu FC II pula mengekori rapat di kedudukan ketiga setelah tumpas 0-1 kepada Kelantan United dalam satu lagi aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Penyu Muda kendalian Badrul Afzan Razali mengakhiri saingan dengan mengumpul 35 mata selepas mengharungi 20 perlawanan dengan sembilan kemenangan, lapan seri dan tiga kekalahan.

Kali terakhir Negeri Sembilan merangkul kejuaraan utama adalah ketika menjulang trofi Piala Malaysia edisi 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Artikel Berkaitan: