Mayat lelaki reput ditemui terapung di paya bakau

 Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan paya bakau di SK33 Kampung Sungai Keling.
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan paya bakau di SK33 Kampung Sungai Keling.
A
A
A

LABUAN - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan paya bakau di SK33 Kampung Sungai Keling di sini pada kira-kira pukul 2.30 petang Isnin.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, tiada tanda pengenalan diri ditemukan pada mayat itu.

Katanya, tiada kesan kecederaan dikesan pada mayat itu, dan berdasarkan kepada keadaannya yang hampir reput, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu telah meninggal dunia sejak beberapa hari lepas.

"Mayat telah dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat,” katanya dan menambah polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes penemuan mayat itu supaya menghubungi balai polis Labuan dengan menelefon 087-506222 bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: