X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Nelayan dikhuatiri lemas, bot dipukul ombak

Baharudin (tiga dari kanan) memberi taklimat operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki dipukul ombak di perairan Kuala Dungun pada Selasa.
A
A

DUNGUN - Seorang nelayan dikhuatiri lemas apabila terjatuh dari bot yang dinaiki bersama dua lagi rakannya ketika pulang selepas menangkap ikan di perairan Kuala Dungun di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.55 tengah hari itu, Mohd Noor Mamat, 67, gagal diselamatkan selepas bot gentian kaca dinaikinya dipukul ombak besar ketika memasuki muka Kuala Dungun.

Beliau berkata, mangsa ketika itu bersama rakannya, Mohd Ibrahim, 63, serta tekong, Mahadi Ibrahim, 56.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dan seorang rakannya (Mohd) terjatuh apabila bot dinaiki mereka dipukul ombak besar.

"Tekong bot yang menyedari kejadian itu segera berpatah balik dan berjaya menyelamatkan Mohd, namun Mohd Noor ketika itu gagal dijumpai," katanya ketika ditemui pemberita di pusat kawalan operasi di Kuala Dungun di sini pada Selasa.

Baharudin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan dengan memberi tumpuan di kawasan pesisir pantai Kuala Dungun hingga perairan Marang.

Menurutnya, operasi itu disertai kira-kira 50 anggota terdiri daripada polis, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Berdasarkan keadaan cuaca dan ombak setinggi lebih 0.5 meter, kita percaya mangsa mungkin dihanyutkan sehingga ke pesisir pantai Marang," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!